Set
salon dqistee beauty dirumus khas bagi membantu perawatan kulit agar
kelihatan bersih, segar, licin dan memberi warna kulit yang sekata.
Kesemua produk yang terdapat dalam set lengkap salon ini menggunakan
bahan-bahan botani yang amat membantu dalam memulihkan sel-sel kulit dan
bersifat antioksidan yang mampu membersih hingga jauh ke dalam kulit.
Para pelanggan salon akan merasai perubahan kulit mereka sebaik sahaja
selesai perawatan. Dicadangkan kepada beautician atau ahli
perawatan agar menjelaskan setaip fungsi produk kepada pelanggan sebaik
sahaja memulakan langkah perawatan dan memberi galakkan kepada pelanggan
agar membuat perawatan sebulan sekali supaya kulit wajah kekal sihat
dan awet muda.
Langkah-langkah yang disarankan ini adalah sebagai garis panduan kepada beautician untuk memberi perawatan yang tepat kepada pengguna.
Langkah 1 - Susu Pembersih (Cleansing Milk) (250 ML)WM:RM48.00/EM58.00
Faedah:
Membersih kulit wajah dengan lembut dan mencerahkan kulit. Khasiat susu
kambing yang mempunyai pH beralkali mampu meneutralkan keasidan yang
terkandung pada kulit. Hasilnya kulit akan lebih segar, lembut dan
licin.
Cara
penggunaan: Letakkan susu pembersih pada tapak tangan dan sapu pada
keseluruhan wajah dan leher. Kemudian bersihkan menggunakan kapas muka.
Kandungan: Water/Aqua, goat milk, Anthyllis Vulneraria Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Glycerin,Fermented Grain Extract, Bentonite, Lecithin,Xanthan Gum, Hydrolyzed Wheat Protein, Fragrance/Parfum (Essential Oil), Limonene, Geraniol, Linalool, Citronellol.
Langkah 2 – Hydrating Sugar Scrub Gel (50g)WM:RM48.00/EM58.00
Faedah: Menanggalkan sel mati dengan sempurna sambil memberi kelembapan pada kulit.
Cara
penggunaan: Letakkan 4 sudu kecil pada tapak tangan kemudian sapu dan
urut selama 1 minit keseluruh wajah dan leher. Bersihkan dengan span
basah/ tuala lembab.
Kandungan: Aqua, Sugar, Glyceryl Stearate, Stearic Acid, Sweet Almond, Disodium EDTA, C119140,C116035.
Langkah 3- Seaweed Renewing Peel Gel (50g) WM:RM48.00/EM58.00
Faedah:
Menghasilkan kulit yang cerah, bersih, bebas dari noda-noda hitam dan
mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit wajah.
Cara
penggunaan: Letakkan satu sudu kecil Seaweed Renewing Peel Gel pada
dahi, kedua-dua belah pipi, dagu dan hidung. Sapu sambil urut sehingga
kering dan menjadi ketulan halus. Bersihkan dengan span basah/ tuala
lembab.
Kandungan: Demineralized Water, Seaweed Extract Hydroxythylcellulose, Mallow Extract, Tea Tree Oil, Disodium EDTA.
Langkah 4 – Losen Perawatan Jerawat (100ML) WM:RM35.00/EM45.00
Cara
penggunaan: Setelah selesai proses stim dan pemicitan jerawat/black
head/white head. Losen perawatan jerawat disapu pada wajah dengan
menggunakan kapas muka.
Kandungan: Aqua, Sulfur, Talc,Resorcinol, Benzoyl PeroxideLangkah 5 – Masker Jerawat WM:RM120.00/EM130.00 | Masker Pemutih (500g) WM:RM135.00/EM145.00
Faedah:
memberi keanjalan pada kulit, mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit,
menghasilkan kesamarataan tona kulit, mengurangkan kedutan, menipiskan
pigmentasi dan menghasilkan kolagen dan elastin kulit.
Cara
penggunaan: Sapu masker jerawat atau masker pemutih (berdasarkan jenis
kulit) tunggu sehingga kering. Ia boleh digunakan secara double mask sapu
masker jerawat terlebih dahulu setelah hampir kering sapu masker
pemutih. Hasilnya akan lebih memuaskan kerana masker jerawat bertindak
sebagai agen pengecutan jerawat dan masker pemutih berfungsi sebagai
agen pencerahan dan dapat menghilangkan parut jerawat, merawat kulit
kusam, menipiskan jeragat/pigmentasi. Penggunaan secara double mask dapat memberi lebih kesan keanjalan.
Kandungan:
Aloe Vera, Collagen, Glycerin, Green Tea Oil, Hyluronic acid, pearl,
Vitamin C & E, Talc, Soya Lecithin, Morus Alba Propionate
Langkah 6 – Massage Oil (250ML) WM:RM48.00/EM58.00
Cara
Penggunaan: letakkan massage oil dan urut wajah hingga ke leher sambil
memicit bahagian bahu dan belakang leher selama 15 minit. Setelah
selesai bersihkan wajah dan leher dengan span basah/tuala lembab.
Kandungan:Oat oil, Zine Stearate, Honey, Vitamin E, Jojaba Exctract, Grapeseed Oil
Langkah 7 – Sabun Pembersih (250ML) WM:RM48.00/EM58.00
Faedah: membersih kulit jauh kedalam, membuang sisa kotoran, membuang kesan minyak dan member kesegaran kepada kulit.
Cara
penggunaan: Picit sedikit sabun pembersih dan sapu keseluruhan wajah
dan leher. Sabun pembersih akan membersih jauh ke dalam kulit sambil
memberi kesegaran pada kulit wajah. Lap dengan span basah/tuala lembab.
Kandungan: Water/Aqua, Jojoba Seed Oil, Honey, Grape Seed Exctract
Faedah: menyegarkan kulit menutupi liang roma.
Cara Penggunaan: sembur toner pada kapas muka dan sapu pada seluruh wajah dan leher.
Kandungan: Demineralized Water, Seaweed Extract Hydroxythylcellulose, Aloe Vera Extract, Tea Tree Oil, Disodium EDTA.
No comments:
Post a Comment